Followers

Saturday, January 25, 2014

Pengumuman Cuti Sempena Tahun Baru Cina

Pengumuman Cuti Sempena Tahun Baru Cina

Adalah dimaklumkan bahawa sempena perayaan Tahun Baru Cina, cuti sekolah akan bermula pada 30 Januari 2014 (Khamis) hingga 4 Februari 2014 (Selasa).

Maka pelajar asrama boleh pulang pada 29 Januari 2013 (Rabu) dan pulang semula pada petang 4 Januari 2014 (Selasa).

Sekian, Harap Maklum.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMAAM KALI KE 2

Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-2 SMAAM

Pada 23 Januari 2014 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Kali ke-2 SMAAM.
Acara ini disertai oleh semua orang murid dalam sama-sama menjayakan salah satu komponen penting dalam falsafah pendidikan negara iaitu pembangunan fizikal.

Johan keseluruhan acara ini jatuh kepada Firqah Saidina Umar (merah).  Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan untuk lebih baik!


Sunday, January 12, 2014

Semakan Keputusan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2014
Bagi pelajar yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Kolej Vokasional (KV) bagi sesi pengambilan tahun 2014 boleh membuat semakan status permohonan anda secara dalam talian (online)
semak status permohonan smt kv 2014 semakan keputusan kolej vokasional dan sekolah teknik 2014
SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH TEKNIK 2014
Bagaimana pun, tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014 itu belum diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi
Setelah penulis merujuk kepada tarikh pengumuman semakan keputusan berkenaan bagi kemasukan tahun sebelumnya. Penulis menjangkakan tarikh untuk semakan status permohonan untuk tahun 2014 adalah sekitar minggu kedua ataupun ketiga di bulan Januari 2014
Pemohon dinasihatkan bersabar menantikan tarikh untuk membuat semakan status permohonan tersebut. Senantiasalah melayari portal rasmi KPM di capaian url http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat berkenaan
Terdahulu, Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2014 telah dibuka pada 17 September 2013 dan ditutup pada 25 Disember 2013
Dalam pada itu, penulis akan memaklumkan info selanjutnya mengenai tarikh pengumuman semakan status permohonan dan juga pautan (link) untuk semakan setelah perkara ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum....
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMAAM kini berwajah baru..

Mari beramai-ramai datang ye!!! kedatangan anda amat di alu-alukan!



Sempena dengan kejayaan keputusan PMR 2013, SMA Al-Khairiah Al-Islamiah telah pun menerima Anugerah Pencapaian ETR. Alhamdulillah berkat usaha guru-guru, anak didik dan doa yang tidak putus dari semua membuatkan kami dapat mecapai kejayaan yang pada hari ini.

Oleh itu, pihak sekolah telah menganjurkan sebuah majlis makan malam untuk meraikan semua cpelajar PMR 2013.


Diharap kejayaan ini akan berterusan hingga selamanya, insyaAllah...













 

Monday, January 6, 2014

Program terkini di SMAAM

Program Jalinan Kasih Pelajar Baharu dan Tingkatan 4 2014
Tarikh : 2 hingga 9 Januari 2013
Tempat : Sekitar sekolah

Objektif :
1. Memotivasikan pelajar baharu dengan perseitran pendidikan yang baru.
2. Menggalak penyesuaian diri pelajar.
3. Memberikan ruang kepada murid untuk mengenali antara rakan sebaya dan warga sekolah.

Hari Pertama :











Hari Kedua :









Hari Ketiga :