Followers

Sunday, December 22, 2013

Surat Kelayakan Kemasukan Bagi Tingkatan 1 2014

Kepada,
CALON YANG BERJAYA UJIAN KELAYAKAN 2014
SMA AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH MERSING

Tuan,
MAKLUMAN PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SMA AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH MERSING 2014

Tahniah kerana anda telah Berjaya pada sesi ujian kelayakan dan mendaftar di tingkatan satu 2014, oleh itu kami berbangga di atas kesungguhan dan minat yang ditunjukkan untuk terus berjaya dan cemerlang pada masa akan datang.
Sehubungan itu kami ingin memaklumkan beberapa pekara untuk tindakan segera.
1. Sila isi ‘Borang Makluman Peribadi Pelajar’ dengan lengkap dan diserahkan ke pejabat sekolah sebelum 25/12/2013.
2. Atau mengubungi pihak sekolah di talian 07-7996272 untuk pengesahan penempatan tingkatan satu 2014 pada atau sebelum 24/12/2013.
3. Tarikh tutup pengesahan pendaftaran pada 25/12/2013 dan sekiranya tiada maklumat selepas dari tarikh tersebut, kami berangapan bahawa pihak anda tidak berminat.
4. Tarikh pendaftaran pada 31 Disember 2013 untuk tujuan pembayaran, penerimaan buku teks, pembayaran, penempatan kelas dan asrama.
5. Asrama adalah terhad dan hanya di sediakan kepada pelajar yang layak dan memenuhi syarat sahaja.
- Jarak rumah ke sekolah lebih 30 Kilometer.
- Boleh akur dan patuh terhadap semua peraturan asrama dan sebarang kesalahan yang di lakukan akan menyebabkan di buang asrama.
- Permohonan boleh terus kepada Penyelia Asrama, En Islahuddin B.Muchtar di talian 07-7996272.
6. Setelah mendaftar di sekolah, kami sangat berharap supaya semua pihak sama ada pelajar atau ibu bapa penjaga dapat mematuhi setiap peraturan dan makluman dari masa ke semasa. Setiap perlanggaran disiplin dan peraturan akan menyebabkan tindakan dikenakan kepada yang terlibat.
Sekian, terima kasih.

2 comments: