Followers

Saturday, March 15, 2014

Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2014


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat gred cemerlang (A+, A, A-) dalam mana-mana tiga (5) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

UJIAN KELAYAKAN
Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.Calon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Ujian ini terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :
  1. Sesi Ujian Bertulis. - Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
  2. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal - Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani  Ujian Amali Pendidikan Jasmani. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.apps.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014. 
  • Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. 
  • Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

SESI TEMU DUGA 
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga


PEMILIHAN 

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG,  prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU 
  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat pengajian. 

KALENDER AKTIVITI
BIL
AKTIVITI
TARIKH
1
Iklan permohonan Calon Guru tajaan KPM lulusan SPM Ambilan Jun 2014 dalam akhbar tempatan.
09 Mac 2014
2
Permohonan secara atas talian (on-line) dibuka.
10 Mac 2014
3
Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
30 Mac 2014 (11:59PM)
4
Semakan nama calon berjaya untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
09 - 13 April 2014
5
Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG). Sila bawa bersama surat panggilan UKCG
14 - 16 April 2014
6
Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui laman sesawang KPM.
05 Mei 2014
7
Temu Duga
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang telah dilengkapkan).
12 - 22 Mei 2014
8
◊ Semakan tawaran calon berjaya.
◊ Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM
◊ Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG.
10 - 22 Jun 2014
9
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran).
23 Jun 2014













































Segala maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Tertakluk kepada pindaan. 
- See more at: http://www.cikguayu.my/2014/03/permohonan-kemasukan-ke-institut.html#sthash.sFnHo1DI.dpuf

1 comment:

  1. Bagaimana sya dapat mengetahui samada saya terpilih ke UKCG atau tidak?adakah melalui semakan online.?atau mendapat surat?atau pesanan ringkas maupun panggilan telefon.?saya mengharapkan penerangan.Terima kasih.

    ReplyDelete